描述
Bertanggungjawab memastikan CEO dihantar ke destinasi dengan selamat, tepat pada masanya dan dalam keadaan profesional, serta menjaga kenderaan syarikat dalam keadaan baik dan bersih.
- Memandu CEO ke lokasi mesyuarat, pejabat, lapangan terbang, acara rasmi dan destinasi lain yang diarahkan.
- Memastikan perjalanan dirancang dengan baik bagi mengelakkan kelewatan.
- Mematuhi semua peraturan jalan raya dan mengamalkan pemanduan berhemah.
- Memastikan kenderaan sentiasa bersih, kemas dan dalam keadaan baik.
- Menjalankan pemeriksaan harian ke atas minyak enjin, tayar, brek, bateri dan komponen asas kenderaan.
- Mengurus rekod penggunaan kenderaan, tuntutan tol, parkir dan minyak.
- Membantu menghantar atau mengambil dokumen, barang atau peralatan syarikat apabila diperlukan.
- Menjaga kerahsiaan maklumat syarikat dan urusan CEO.
- Menunjukkan sikap profesional, berdisiplin dan berintegriti tinggi.
- Berpakaian kemas dan menjaga imej syarikat setiap masa.
Requirements
- Warganegara Malaysia.
- Memiliki Lesen Memandu Kelas D yang sah.
- Minimum 2 tahun pengalaman sebagai pemandu peribadi, pemandu korporat atau jawatan berkaitan.
- Rekod pemanduan yang baik tanpa kesalahan trafik yang serius.
- Mahir menggunakan aplikasi navigasi seperti Google Maps dan Waze.
- Boleh bekerja di luar waktu pejabat, hujung minggu dan cuti umum apabila diperlukan.
- Sihat tubuh badan dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi.
—— 中文翻译整理中,也可直接咨询客服 ——