首页 › Room › 编号 116068742
1 / 4
RM 180 /月
Bilik Sewa Biasa ( atas kedai ) Nibong Tebal, Penang
📍 Nibong Tebal, 槟城
发布 2026-10-17 · 编号 116068742
✈️ Telegram 咨询
联系时请报编号 116068742,客服一秒为你对接

基本信息

Property TypeShoplot
FurnishingPartially Furnished
Floor RangeLow
Rental DepositRM 180
Tenant PreferenceMale, Female
sq.ft145
sq.ft1
sq.ft1,200
sq.ft120
sq.ft770
sq.ft400
sq.ft50
sq.ft20
sq.ft100
sq.ft200
sq.ft2,000
sq.ft420
sq.ft500
sq.ft150
面积50 sq.ft.
类别Room 出租

描述

Tempat ini sesuai untuk penyewa Melayu Muslim. Mencari bilik yang berpatutan dengan lokasi strategik? - Tingkat 2: perempuan sahaja - Tingkat 3: lelaki sahaja Kami mengutamakan penyewa yang bertanggungjawab, jaga kebersihan, tidak bising, tidak ada case polis, tidak rokok di dalam bangunan, jaga kemudahan premis dan membayar sewa tepat pada masanya. ____________________________________________________________ 1. Harga Sewa Bulanan Bilik kecil untuk PELAJAR: RM 180 ( 1 orang ) Bilik kecil untuk yang KERJA: RM 230 ( 1 orang ) Bilik sederhana untuk yang KERJA: RM 280 ( ke-atas, 1 orang ) Bilik ada tingkap, harga tak sama. Sila tanya dulu. Tempoh sewaan minimum: 3 bulan. Deposit campur satu bulan sewa, mengikut kadar bilik yang dipilih. Kalau bilik RM 230, deposit pun RM 230, jumlah RM 460. ____________________________________________________________ 2. Kemudahan Harga sewa termasuk: Bil elektrik dan air, Kipas, dan Tilam biasa. 2 tandas kongsi. Mesin basuh di tingkat perempuan sahaja. Tempat letak kereta awam percuma dengan banyak petak. CCTV 8 biji di luar bangunan. Peti sejuk dan Wi-Fi ( tidak disediakan ) Masak secara ringan sahaja. Sentiasa jaga dan tutup api. ____________________________________________________________ 3. Peraturan sewa bilik Bagi memastikan semua penyewa dapat tinggal dalam keadaan selesa dan harmoni, peraturan berikut perlu dipatuhi: * Pastikan bilik dan kawasan bersama sentiasa bersih. * Hormati ketenteraman dan waktu rehat penyewa lain. * Jangan rosak perabot, kemudahan atau harta benda premis. * Dilarang rokok dalam bangunan & tanggung semua jika ada kebakaran. * Sebarang aktiviti jenayah atau menyalahi undang-undang adalah dilarang. * Simpan barang mahal dalam bilik dan sentiasa utamakan keselamatan sendiri. * Dilarang membawa orang luar masuk untuk tidur atau menggunakan kemudahan mandi tanpa kebenaran. * Sila tunjuk kad pengenalan ( IC ) untuk pendaftaran dan memberikan maklumat yang benar. Penyewa berumur 18 hingga 35 tahun. * Dilarang ambil atau menyebarkan gambar atau video yang mendedahkan ruang peribadi atau penghuni lain tanpa kebenaran, kecuali jika dibenarkan oleh undang-undang. * Kehilangan kunci, caj RM10. ____________________________________________________________ 4. Deposit, Sewa dan Penamatan * Sewa bayar tiap-tiap bulan hari Pertama. * Sewa tetap perlu dibayar walaupun tidak tidur di bilik setiap hari. * Sila bagi 1 bulan Notis sebelum keluar atau ikut perjanjian sewa bilik. * Sebelum keluar, penyewa hendaklah bersihkan bilik, pulangkan kunci dan memastikan barang peribadi telah dibawa keluar. * Deposit akan dipulangkan selepas pemeriksaan bilik dan pengiraan sebarang tunggakan atau potongan yang dibenarkan selesai. ____________________________________________________________ 5. Pelanggaran Peraturan * Penyewa yang bagi maklumat palsu, gagal membayar sewa atau berulang kali melanggar peraturan boleh diberikan notis bertulis mengikut keadaan dan terma perjanjian. * Bagi pelanggaran serius, pihak pengurusan berhak mengambil tindakan segera atau dalam 24 jam untuk menamatkan sewaan mengikut perjanjian dan undang-undang yang berkenaan. ____________________________________________________________ 6. Lokasi Strategik * 1 minit: Bank, farmasi, kedai telefon, Rapid Penang dan stesen minyak. * 2 minit: train ETS, 99 Speedmart, MR.DIY, pasar raya dan kedai makan. * 5 minit: Tol Jawi, C-Mart, kedai motosikal dan kedai runcit. * 6-10 minit: USM, sekolah vokasional, Kilang Bukit Panchor dan Mydin. * Masa perjalanan adalah anggaran dan bergantung pada keadaan trafik serta lokasi destinasi. ____________________________________________________________ Minta maaf atas kesusahan dan kerjasama anda amat dihargai untuk sama-sama jaga kebersihan dan keharmonian semua penyewa di sini. Jumpa lagi :) ____________________________________________________________ —— 中文翻译整理中,也可直接咨询客服 ——